Honda Malaysia minggu lalu memperkenalkan Civic Type R FL5 ke pasaran tempatan.
Untuk tahun ini hanya terhad kepada 19 unit dan pengedar rasmi jenama tersebut akan melakukan sistem cabut undi bagi pelanggan yang telah menempah hot hatch tersebut.
Sekiranya tidak bertuah tahun ini, jangan bimbang Honda Malaysia akan membawa masuk lebih banyak unit Civic Type R tahun depan.
Sekiranya anda berminat untuk meminang hot hatch tersebut, berapakah kos servis yang perlu dikeluarkan?.
Bagi 1,000km pertama, pemeriksaan percuma melibatkan minyak enjin, minyak MT, drain plug washer dan minyak brek.
Di bawah ini, kos penyelenggaraan yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Honda Malaysia.
- Servis 10,000km (RM89.36)
Pada perbatuan 10,000km pemilik hanya perlu memperuntukkan wang sebanyak RM89.36 yang melibatkan servis:
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Caj buruh: RM75
- Caj SST: RM4.50
Pemeriksaan komponen pada enam bulan pertama ini termasuklah pembersih udara.
Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 20,000km 50,000km dan 70,000km.
2. Servis 30,000km (RM313.83)
Selepas setahun enam bulan pemilikan atau mencapai 30,000km, kos selang servis yang perlu dikeluarkan adalah RM313.83. Servis pada peringkat ini melibatkan penggantian:
- Elemen pembersih udara: RM199.22
- Penapis habuk dan debunga: RM104.75
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Tiada caj buruh dikenakan
Kos selang servis yang sama juga perlu dikeluarkan apabila mencapai 90,000km.
3. Servis 40,000km (RM97.31)
Apabila usia pemilikan mencapai dua tahun atau 40,000km, kos selang servis yang perlu dikeluarkan adalah sebanyak RM97.31.
Pada peringkat ini servis melibatkan:
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Caj buruh: RM82.50
- Caj SST: RM4.95
Selain itu, pihak mekanik juga akan melakukan pemeriksaan pada pembersih udara, minyak MT dan drain plug washer serta minyak brek.
Kos selang servis yang juga perlu dikeluarkan apabila mencapai 80,000km.
4. Servis 60,000km (RM355.04)
Pada tempoh tiga tahun pemilikan, kos servis bertambah menjadi RM355.04. Pada peringkat ini, selang servis melibatkan komponen:
- Elemen pembersih udara: RM199.22
- Penapis habuk dan debunga: RM104.75
- Minyak brek: RM41.21
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Tiada caj buruh dikenakan
Wakil servis juga akan melakukan pemeriksaan minyak MT dan drain plug washer.
5. Servis 100,000km (RM448.26)
Setelah lima tahun pemilikan, kos servis adalah RM448.26 termasuk penggantian palam pencucuh.
- Palam pencucuh iridium: RM438.40
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Tiada caj buruh dikenakan
Pada selang servis ini, mekanik juga akan melakukan pemeriksaan pembersih udara, minyak MT dan drain plug washer serta minyak brek.
SERVIS MINYAK HITAM
Perlu diingatkan, selang servis di atas tidak termasuk kos penggantian minyak enjin. Berdasarkan jadual selang servis yang dikongsi, penggantian minyak hitam dan drain plug washer bergantung kepada lampu indikator pemantauan minyak enjin atau tidak lebih daripada enam bulan.
Begitu juga penggantian penapis minyak hitam yang bergantung pada lampu indikator pemantaun minyak enjin atau tidak lebih daripada 12 bulan.
Kos kedua-dua servis berkenaan adalah:
- Minyak enjin + drain plug washer : RM216.06
-
Penapis minyak + minyak enjin (0.2L) : RM43.18
Sekiranya pemilik perlu melakukan dua servis ini, harga kos penyelenggaraan akan meningkat sekitar RM260.
Civic Type R didatangkan dengan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan serta 5-tahun caj buruh percuma (sebanyak 5-kali dalam tempoh 100,000km).