Suzuki bakal pamer model konsep Swift pada Pameran Mobiliti Jepun

408

Suzuki mengumumkan barisan Pameran Mobiliti Jepun (2023) dengan beberapa kejutan. Paling mencuri perhatian adalah model konsep yang bakal memasuki barisan pengeluaran iaitu Suzuki Swift ICE dan SUV elektrik penuh eVX yang akan menyusul pada 2025.

Versi pengeluaran Suzuki Swift baharu itu akan diperkenalkan tahun depan walaupun sekali imbas hanya menerima transformasi kecil. 



Melihat lebih dekat, kerja badan luaran direka sepenuhnya dengan lebih banyak lekukan, gril depan honeycomb dan lampu utama LED baharu.

Manakala badan disembur cat dua tona warna. Suzuki menjelskan Swift baharu itu dibangunkan bagi menawarkan keseronokkan pemanduan harian.

Model itu juga akan didatangkan dengan ciri keselamatan ADAS seperti sokongan brek dua sensor, Sistem Lampu Tinggi Adaptif dan Sistem Pemantauan Pemandu.

Bagaimanapun, janakuasa hatchback itu masih belum didedahkan. Kebarangkalian Suzuki akan menggunakan versi naiktaraf daripada enjin 1.2 liter petrol mild hibrid pada model sedia ada.

Selain itu, pada pameran berkenaan Suzuki Jepun juga akan mempamerkan model elektrik SUV eVX dan mini wagon eWX.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here