Berapa bayaran bulanan Tesla Model 3? Kami kirakan untuk anda…

1962

Tesla Malaysia membuka tempahan Model 3, September lalu pada harga mula RM189,000. Penghantaran kumpulan pertama kenderaan elektrik (EV) tersebut akan bermula hujung tahun ini.

Bahkan, ada antara pelanggan sudahpun mendapat surat daripada pihak Tesla untuk bersedia bagi penerimaan model tersebut. 



Tanda harga Tesla Model 3 di Malaysia:

  • Tesla Model 3: RM189,000
  • Tesla Model 3 Long Range: RM218,000

Harga di atas tidak termasuk tambahan ciri peralatan lain yang ditawarkan Tesla Malaysia, misalnya: 

  • Full Self-Driving Capability : RM32,000
  • Autopilot : RM16,000
  • Kabin warna putih : RM5,000
  • Rim Nova Wheels bersaiz 19-inci : RM7,500
  • Warna badan tambahan : RM5,000 dan RM7,500 mengikut warna

Sekiranya anda berminat untuk membeli EV tersebut?, berapakah ansuran bulanan yang perlu diperuntukkan?.

Pada laman web Tesla Malaysia, kiraan bayaran adalah berdasarkan kadar faedah rata, 2.35 hingga 2.40 peratus bergantung tawaran bank. Tempoh pinjaman maksimum adalah selama 8-tahun (96 bulan) dan minimum 5-tahun (60 bulan).

TESLA MODEL 3

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama lapan dan lima tahun dan deposit 10 peratus dengan kadar peratusan tahunan (APR) 4.46 peratus.

Jika memilih Model 3 standard (tanpa penambahan ciri peralatan), deposit yang perlu dikeluarkan adalah RM20,150 dengan jumlah pinjaman RM181,350. 

Anggaran bulanan yang perlu dibayar:

  • 5-tahun : RM3,378 
  • 8-tahun : RM2,250 

TESLA MODEL 3 LONG RANGE

Model 3 Long Range (tanpa penambahan ciri peralatan) pula, deposit yang perlu dikeluarkan adalah RM 23,050 dengan jumlah pinjaman RM207,450. 

Anggaran bulanan yang perlu dibayar:

  • 5-tahun : RM3,864
  • 8-tahun : RM2,573

PENJIMATAN KOS BAHAN API

Di samping itu, Tesla turut membuat kiraan anggaran penjimatan kos bahan api sekiranya menggunakan EV.

Model EV lebih murah berbanding kenderaan berkuasa petrol. Tesla menjangkakan purata perbatuan 15,000km, kos petrol setahun yang dibelanjakan kira-kira RM2,000.

Sebagai perbandingan, kos elektrik untuk menggerakkan Model 3 pada jarak yang sama adalah lima kali lebih rendah. Sepanjang tempoh purata pemilikan selama lima tahun menawarkan penjimatan petrol RM 8,000.

Tesla mengandaikan penjimatan bahan api sebanyak 6.4 liter setiap 100km untuk kereta  petrol. Tesla juga menjangkakan purata pasaran caj elektrik kediaman 22 sen sekilowatt-jam dan RM2.05 seliter untuk petrol dalam tempoh lima tahun akan datang.

Anggaran kos:

  • Model 3 : RM400 elektrik/setahun
  • Kereta petrol: RM2,000 bahan api/setahun

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here