Utama Berita Automotif “Lain kali duduk kondo jangan duduk flat kak, ada parkir sendiri,”...

[Video] “Lain kali duduk kondo jangan duduk flat kak, ada parkir sendiri,” pemuda tegur wanita letak tong

901

Seorang pengguna TikTok AidilXLanun berkongsi kejadian menegur salah seorang penghuni flat yang meletakkan tong di salah satu petak parkir selepas mengeluarkan kenderaannya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 41 saat itu, boleh dilihat perakam video menunggu wanita yang memandu Perodua Kenari itu keluar dari parkir.

 



Bagaimanapun, selepas mengeluarkan kenderaannya wanita itu berhenti lalu keluar dari kereta dan meletakkan tong putih dipercayai digunakan sebagai ‘penanda’ cop parkir.

Susulan insiden itu, perakam menegur tindakan wanita tersebut dan memberitahu tindakannya adalah satu kesalahan. 

“Apa ni kak cop parking, tak bolehla macam tu. Siapa cepat dia dapat. Lain kali duduk kondo jangan duduk flat kak. Duduk kondo ada parking sendiri,” katanya kepada wanita tersebut.

@aidilxlanun

dduk flat selera condo cop2 parking #fyp #malaysia

♬ Malampagi – Saixse

Bagaimanapun, wanita itu tidak mengendahkan teguran pemuda berkenaan dan berlalu pergi. Namun, pemuda itu tidak berkongsi lokasi kejadian tersebut. 

Menurut pemilik akaun TikTok itu, dia mengalihkan tong tersebut selepas wanita berkenaan beredar.

“Dah buang tong lepas tu park tempat lain..biar orang lain yang park,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mana turut berkongsi pengalaman yang sama.
 
“Aku kene dulu, aku alihkan kon dia..pastu pagi esok, kereta aku calar habis.”
 
“Aku dulu macam tu la alih moto orangg dia cop parking..last-last aku tak berani pulak letak keta nanti dia bagi calar keta nak cari bukti kat mana.”
 

“Saya pernah duduk umah macam nie letih semua orang siap bagi no kereta kat parking tu.”

BUDAYA COP PARKIR

Budaya cop parkir adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parkir ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here