[Video] Proton S50 dikesan isi minyak, intip ruangan kabin lebih jelas

721

Seorang pengguna TikTok berkongsi terserempak dengan model Proton S50 yang sedang mengisi minyak di Shell, bagaimanapun lokasi kejadian tidak diketahui.

Pada video berkenaan boleh dilihat seluruh badan sehinggalah bahagian rim model itu ditutupi dengan kamouflaj.

@thisisfarelll

jalan2 terserempak #protons50 tgh test. akan keluar next week gais

♬ original sound – thisisFARELL – thisisFARELL



Sudah banyak imej intip S50 dikesan sedang menjalani ujian enduran di jalan raya. Cuma, kali ini buat pertama kalinya warga maya dapat melihat ruang kabin dengan lebih dekat.

Menerusi video pendek itu, bahagian kabin menerima kemasan hitam manakala pada bahagian tengah tersedianya skrin infotainmen terapung.

Berasaskan Geely Emgrand, bahagian luaran Proton S50 itu masih sama. Cuma perbezaan adalah pada bahagian gril depan mewakili bahasa rekaan signatur Proton menerusi Inifinite Weave dan Ethereal Bow.

Manakala rekaan lampu depan bersama lampu nyala siang (DRL) sama seperti Emgrand pasaran Filipina.

Di Filipina, Emgrand didatangkan dengan skrin infotainmen bersaiz 8-inci dan kluster instrumen 12.3-inci. Bagaimanapun, ia menawarkan kemasan kabin dua rona warna iaitu biru dan putih. 

Geely Emgrand di negara tersebut didatangkan dengan tiga pilihan varian iaitu S dengan transmisi manual 5-kelajuan serta Comfort dan Premium yang dipadankan dengan kotak gear CVT 8-kelajuan Tiptronic.

Sementara, enjin pula menggunakan 1.5 liter DOHC dengan D-CVVT yang menghasilkan kuasa 102PS @ 5,600rpm dan tork 142Nm @ 4,400-4,800rpm.

Manakala, Proton S50 dikatakan bakal mendapat enjin 1.5 liter turbo 3-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS dan tork 226Nm bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here