Proton sumbang tujuh unit enjin 1.5 TGDi kepada institusi pendidikan Perak

327

Proton memberikan tujuh unit enjin 1.5 TGDi pemasangan tempatan (CKD) kepada institusi pendidikan di Perak untuk memperkasakan program teknikal di negeri itu.

Antara institusi pendidikan yang menerima trenkuasa tersebut adalah:



  • Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang
  • Kolej Vokasional Slim River
  • Giat Mara Tanjung Malim
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Enjin 1.5 TGDi yang dikeluarkan di kemudahan Proton Tanjung Malim itu menerima anugerah pemasangan pada barisan pengeluaran iklim terkawal dan terkenal dengan teknologi dan prestasi termaju.

Pelajar akan diberi latihan eksklusif dan membina pengetahuan dalam servis dan pembangunan enjin, serta membantu menyelaraskan kemahiran seiring dengan permintaan industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata Proton sentiasa mencari peluang untuk menyokong institusi pendidikan tempatan bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran automotif mereka.

“Kami berharap enjin yang diserahkan akan membantu memajukan program latihan di institusi dan membantu melatih bakat masa depan untuk industri automotif Malaysia,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here