Lynk & Co rasmi dedah 06 EM-P di China, harga mula RM116k

358

Lynk & Co rasmi memperkenalkan SUV PHEV kecil, 06 EM-P di China pada harga mula CNY180,000 (RM116,859).

06 EM-P dilengkapi dengan enjin ICE 1.5-liter dan dua e-motor yang menghasilkan kuasa 299hp dan tork 568Nm.



Kapasiti bateri yang ditawarkan adalah 19.09 kWh dengan pemanduan elektrik penuh sejauh 102km. Di atas kertas, SUV itu menawarkan penggunaan bahan api 4.98l/100km.

Bakal berada di pasaran tahun ini, SUV baharu itu bersedia memasuki barisan pengeluaran di Meishan Lynk & Co selepas mendapat kebenaran pengeluaran massa pada 23 Julai lalu.

Penggayaan luaran mengikuti bahasa reka bentuk crossover fastback Lynk & Co 08 yang dilancarkan baru-baru ini. Ia mempunyai unit lampu nyala siang (DRL) signatur di atas bonet dan lampu depan yang disepadukan dalam gril.

Belakangnya, didatangkan dengan unit lampu yang besar sepanjang but. Kabin juga mirip model 08 menerusi stereng sporty tiga jejari dengan pedal shifter. 

Turut tersedia kluster instrumen LCD dan skrin infotainmen terapung di tengah papan pemuka. Ciri lain yang ditawarkan termasuklah visor matahari, pad pengecas dan material berkualiti tinggi. 

Lynk & Co 06 EM-P yang berdiri di atas platform BMA (B-segment Modular Architecture) itu memiliki panjang 4,350mm, lebar (1,820mm) dan tinggi (1,625 mm) bersama jarak roda 2,640mm.

Lynk & Co merupakan jenama usahasama Geely dan Volvo yang diasaskan pada 2016 di Gothenburg, Sweden sebagai jenama antarabangsa. Barisan model Lynk & Co di China terdiri daripada tujuh kenderaan (01, 02, 03, 05, 06, 08 dan 09).

Di pasaran luar negara, Lynk & Co menawarkan produk ringkas dengan satu model, Lynk & Co 01.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here