Bermaz Motor memperkenalkan versi naiktaraf Mazda3 dan Mazda6 ke pasaran Malaysia. Bagi anda yang ingin melihat dengan lebih dekat, kunjungi Bermaz Auto Showcase bermula hari ini sehingga Ahad di One Utama, Damansara.
MAZDA3
Model tersebut menerima naiktaraf signifikan daripada segi penggayaan dan ciri peralatan agar kekal relevan seiring dengan tempoh matang kitaran produk.
Harga mengikut varian Mazda3:
- 2.0L High Sedan : RM156,059
- 2.0L High Plus Sedan : RM166,059
- 2.0L High Plus Liftback : RM166,059
- 2.0L Ignite Edition : RM175,059
Ciri pembaharuan yang didatangkan:
- Model 2.0L liftback dan sedan kini dilengkapi dengan ketersambungan baharu standard pada semua varian merangkumi pengecas Qi, port USB-C pada konsol tengah dan perehat tangan dengan fungsi Android Auto dan sambungan Apple CarPlay tanpa wayar.
- Skrin infotainmen 10.25-inci baharu.
- Mazda 2.0L Ignite Edition menerima sistem audio Bose prestasi tinggi dengan 12 pembesar suara.
- Kini varian 2.0 High dan High Plus didatangkan dengan ciri keselamatan tambahan i-Activsense misalnya Sokongan Kruising dan Trafik (CTS).
- Tersedia dengan tujuh warna badan iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Plymetal Gray, Platinum Quartz, Deep Crystal Blue, Jet Black dan Snowflake White Pearl.
- Model import (CBU) itu didatangkan dengan 5-tahun waranti pengilang dan 5-tahun penyelenggaraan percuma dengan had perbatuan 100,000km.
MAZDA6
Di samping itu, Bermaz Motor juga menawarkan pembaharuan pada sedan Mazda6 termasuklah pengenalan Edisi Ulang Tahun ke-20 dengan warna badan Artisan Red.
Edisi istimewa itu bagi meraikan usia 20 tahun sedan tersebut sejak pengenalan pertama pada 2002.
Harga mengikut varian:
- 2.0L Sedan : RM180,359
- 2.0L Touring : RM230,848
- 2.5L High Plus Sedan Edisi Ulang Tahun ke-20 : RM240,848
Ciri pembaharuan yang didatangkan:
- Mazda6 Edisi Ulang Tahun ke-20 menampilkan penambahan aksesori seperti lencana ’20th Anniversary’ pada fender depan, rim aloi Bright Metallic bersaiz 19-inci dan gril radiator Gunmetal yang lebih sporty.
- Kabin pula menampilkan kerusi kemasan kulit berwarna Tan dengan lencana ’20th Anniversary’ yang timbul pada perehat kepala, kerusi dengan fungsi pengudaraan, cermin pandang belakang tanpa bingkai dengan fungsi malap automatik, kluster instrumen multi info bersaiz 7-inci dan pelindung matahari cermin belakang.
- Selain itu, varian Mazda6 turut menerima pengecas Qi.
- Edisi Ulang Tahun ke-20 dan Touring kini dilengkapi dengan ciri keselamatan i-Activsense baharu merangkumi Sokongan Brek Depan/Belakang Pintar (SBS), Kawalan Kruise Radar Mazda (MRCC) dengan fungsi henti dan mula serta Sokongan Cruising dan Trafik (CTS).