Mercedes-Benz EQS SUV lancar di Malaysia, jarak pemanduan 615km sekali cas, harga bermula RM699,888

310

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan SUV EQS serba baharu, sekali gus melengkapkan barisan lapan kenderaan elektrik untuk pasaran tempatan.

Ia dibangunkan menggunakan platform elektrik iaitu Electric Vehicle Architecture (EVA2selepas EQE dan EQS. Buat masa ini, hanya satu varian ditawarkan iaitu EQS 580 4MATIC.



SUV elektrik tujuh tempat duduk itu dijual bermula RM699,888 yang mempunyai 5,125 mm panjang, 1,959 mm lebar dan tinggi 1,718 mm.

Jarak rodanya berkongsi dengan EQS versi sedan, tetapi lebih panjang menjadikannya 3,210 mm sekali gus memberikan ruang dalaman lebih luas.

Seperti EV yang lain, ia hadir gril radiator hitam dengan kemasan paten bintang tiga dimensi. Selain dilengkapi dengan lampu utama Digital LED sekali gus tampak lebih menarik.

Ia turut menerima kemasan AMG Line Exterior dan juga rim AMG 22 inci dengan kemasan hitam berkilat dan krom.

Belakangnya dilengkapi lampu LED dengan rekaan 3D helix dan turut mempunyai Diffuser krom serta spoiler lip di bahagian bawah.

MBUX Hyperscreen

Bahagian dalaman adalah yang terbaik untuk SUV ini, ia kini dilengkapi MBUX Hyperscreen yang cukup besar untuk memenuhi bahagian papan pemuka. Ia merangkumi paparan untuk pemandu, tengah dan penumpang hadapan.

Bagi hiburan, SUV EQS ini juga diberikan sistem bunyi Dolby Atmos dengan pembesar suara Burmester sebanyak 15 unit.

Bagi prestasinya pula, ia dibekalkan dengan dwi-motor, menghasilkan 536hp dan tork pada 858Nm. 

Jentera pacuan semua roda itu (4Matic) boleh memecut 0-100 km/j hanya 4.6 saat dengan kelajuan maksimum cecah 210 km/j. 

Model ini juga ditawarkan mod pemanduan Dynamic Select, merangkumi Eco, Comfort, Sport dan Individual selain, menampilkan ciri OffRoad.

Sekali cas boleh dipandu sehingga 615km

Ia boleh dipandu sejauh antara 515 hingga 615 km dalam satu pengecasan penuh, mengikut kitaran WLTP dengan menggunakan bateri lithium-ion berkapasiti 108.4 kWh.

Mengecasnya pula, 0% hingga 100% mencecah lima jam 30 minit untuk pengecas AC 22 kW, manakala DC 200 kW mengambil masa 31 minit bagi pengecas pantas DC 200 kW.

Selain itu, dilengkapi Driving Assistance Package Plus merangkumi Distronic Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, Evasive Manoeuvre Support dan PRE-SAFE Impulse Side.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here