Terima 30,000 unit tempahan, YangWang U8 dikesan atas trak menjelang penghantaran

239

SUV amfibia, YangWang U8 dikesan di atas trak di China menjelang penghantaran hujung bulan ini.

YangWang merupakan jenama mewah di bawah BYD dan U8 merupakan kereta paling mahal setakat ini.



Bahkan, pihak YangWang menerima 30,000 tempahan sejak pelancaran rasmi 20 September lalu.

SUV itu dijual pada harga CNY 1,089,000 (RM699,243) menerusi dua pilihan varian iaitu Premium Edition dan Off-road Master Edition.

SUV 5-kerusi itu dijana empat motor elektrik yang menghasilkan kuasa 1,197hp dan tork 1,680Nm dengan pacuan semua roda (AWD). Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj.

Masuk ke kabin, SUV itu didatangkan dengan kemasan kulit Nappa dan enam skrin besar termasuklah panel instrumen 23.6 inci buat pemandu dan skrin tengah bersaiz 12.8-inci.

Ciri peralatan lain yang dibekalkan pada U8 adalah 38 sensor termasuklah tiga lidar, 13 kamera, 12 radar ultrasonik, radar gelombang 5mm, kamera termografi dan telefon satelit serta tayar ganti. Sistem ADAS U8 pula adalah peringkat dua. 

Uniknya, kereta elektrik itu boleh terapung selama 30 minit dengan kelajuan 3kmj. U8 turut didatangkan dengan ciri pusingan tangki 360 darjah di samping tersedia mod ketam, mod air terapung  serta mod pemanduan khusus off-road.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here