#TMS 2023 : Mazda Vision SP, kereta sukan masa depan MX-5

322

Mazda MX-5 adalah antara model syarikat yang paling terkenal dan digemari. Namun, dengan misi menuju sifar emisi dan peralihan elektrik semakin hampir, apakah masa depan kereta sukan itu?.

Pada Pameran Mobiliti Jepun (TMS) 2023, Mazda mendedahkan Vision SP baharu yang memberi gambaran masa depan siri itu. 



Mengubah dan memodenkan kereta seperti MX-5 tidak mudah. Dengan Vision SP, Mazda menyasarkan untuk mencipta sebuah kereta sukan yang anggun dan kompak.

Bukan sahaja sesuai digunakan di litar lumba tetapi juga selesa untuk dinikmati pada hujung minggu atau harian. Menjadikan ia lebih mengujakan adalah penggunaan trenkuasa rotor berkembar. 

Mazda menggambarkan Vision SP sebagai ‘sistem EV dua rotor berputar’ yang dikatakan boleh bergerak menggunakan hidrogen iaitu antara bahan api neutral karbon.

Ia juga boleh bergerak dalam mod elektrik penuh dengan gabungan kuasa 365hp. Apatah lagi, pembuat kereta itu berkata Iconic SP boleh berfungsi sebagai sumber kuasa bantuan dan membekalkan bekalan elektrik yang mencukupi selama lebih daripada seminggu.

Ia belum lagi menyatakan berapa besar pek bateri kereta konsep itu, mahupun berapa banyak motor elektrik yang digunakan oleh sistem hibrid.

Badan disembur dengan warna cat merah Viola yang menyerlahkan lengkungan dan garisan yang mengalir.

Reka bentuknya sangat ringkas dalam era di mana kebanyakan pengeluar kereta lain membuat kenderaan baharu mereka kelihatan terlalu agresif dan tajam.

Bahagian depan menggunakan lampu ‘pop’ dan gril senyum yang menjadi signatur Mazda yang lain.

Model konsep itu memiliki panjang 4,180 mm, lebar (1,850 mm), tinggi (1,150 mm) dan jarak roda 2,590 mm. Ini bermakna ia 10 inci lebih panjang daripada Miata sedia ada. 

“Mazda akan sentiasa menawarkan kenderaan yang mengingatkan orang ramai bahawa kereta adalah kegembiraan asli dan bahagian yang sangat diperlukan dalam kehidupan mereka,” kata Presiden dan Ketua Eksekutif Mazda, Masahiro Moro.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here