Lexus memperkenalkan model konsep LF-ZC yang mana versi pengeluaran bakal dilancarkan pada 2026.
LF-ZC yang bermaksud Lexus Future Zero-Emission Catalyst, disokong oleh senibina EV baharu dan menampilkan struktur modular yang dibentuk melalui gigacasting.
Ia membahagikan badan kepada tiga komponen utama iaitu depan, tengah dan belakang. Gigacasting juga diusahakan oleh pengeluar kereta lain, terutamanya Tesla.
Lexus mengatakan konfigurasinya membolehkan bahagian depan dan belakang LF-ZC menjadi bebas daripada segi struktur. Membolehkan gabungan pantas bateri baharu dan dipertingkatkan.
Kunci utama untuk menjadikan LF-ZC satu realiti adalah menjadikan barisan pemasangan pandu kendiri yang canggih di mana kereta akan memandu sendiri secara autonomi dengan hanya bateri, motor, tayar dan komponen terminal tanpa wayar.
Sekaligus menghapuskan keperluan sawat penyampai pada barisan pengeluaran. Selain itu, kereta itu akan dilancarkan dengan bateri yang mempunyai struktur prismatik yang menurut Lexus akan meningkatkan julat perbatuan dan mengurangkan berat.
Malah, Lexus berkata LF-ZC menyasarkan untuk mencapai lebih kurang dua kali ganda julat perjalanan kenderaan elektrik bateri konvensional.
Dimensi LF-ZC agak besar yang mana memiliki panjang 4,750 mm, lebar (1,880 mm) dan tinggi 1,390 mm dengan jarak roda 2,890 mm. Lexus menyasarkan pekali seretan kurang daripada 0.2.
Bentuknya adalah kacukan antara sedan yang lebih besar dan estet, agak serupa dengan Kia EV6 walaupun posisinya lebih rendah ke tanah.
Ia mengikuti tema reka bentuk ‘Provokatif Kesederhanaan’ yang dicipta oleh Lexus yang mewakili evolusi bahasa penggayaan semasa syarikat itu.
Lexus masih belum mendedahkan spesifikasi teknikal untuk rangkaian kuasa EV konsep itu. Tetapi menyatakan ia mempunyai sistem pacuan semua roda Direct4 dan sistem steer-by-wire yang sama dengan Lexus RZ.
Bahagian dalam LF-CZ adalah luas. Posisi penumpang depan lebih rendah dan jauh ke depan dan bumbung panoramik besar menambah rasa mewah.
Pengeluar Jepun itu memilih stereng gaya yok yang futuristik dan di sebelah kirinya ialah pad digital kecil yang menempatkan shifter, mod pemanduan autonomi dan mod pemanduan.
Skrin di sebelah kanan merupakan kawalan muzik dan pendingin hawa serta instrumen digital.
Di depan penumpang depan tersedianya paparan skrin sentuh yang besar dengan fungsi hiburan.
Sistem pengecaman suara termaju juga dibangunkan untuk kereta menggunakan teknologi AI yang dikenali sebagai ‘Butler.’ Kebanyakan kabin konsep ini diperbuat daripada buluh.