Intro Synergy Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan elektrik, NETA melancarkan model NETA V yang dijual Bermula RM100,000.
Kenderaan itu ditawarkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 kilometer untuk komponen utama; lapan tahun atau 180,000km bagi komponen EV High Voltage termasuk bateri dan pengecas on-board; selain 10 tahun atau 200,000km waranti untuk badan.
NETA V ditawarkan dengan lima pilihan warna:
- Sakura Pink
- Sky Blue
- Moonlight Green
- Midnight Gray
- Cyan
- White Storm
Penampilannya tampak sporty dengan padanan kit tepi dan belakang sekali gus tampak menarik serta aerodinamik.
Dari segi prestasi, NETA V boleh memecut kelajuan maksimum sehingga 120km/j. Bagi pecutan 0-50km/j dalam masa 3.9 saat.
Untuk sekali cas, ia boleh dipandu sehingga 380km. Ia memerlukan 30 minit untuk mengecas dari 20 sehingga 80 peratus dengan menggunakan pengecas pantas DC.
Buat masa ini, apa yang dimaklumkan pada majlis pelancarannnya, tiada sistem ADAS yang ditawarkan pada kenderaan itu.
Untuk harga jualan RM100,000 OTR itu, ia ditawarkan dengan dua pilihan
Pilihan Pertama – Percuma pemulaan EV termasuk aksesori penting untuk pengguna EV termasuk pemasangan pengecas di rumah, naik taraf kit Badan, buka but auto, tint, CO2 eliminator dan insuran.
Pilihan Kedua – Pakej kadar faedah percuma sehingga tujuh tahun.
Sempena majlis pelancaran itu, NEXV Manufacturing Sdn Bhd dengan kerjasama Go Auto Group dan Careplus Group Berhad mengumumkan menerima kelulusan lesen untuk kilang mengeluarkan kenderaan elektrik pemasangan tempatan.
Sebelum ini, pihak berkenaan sudah memulakan perniagaan kenderaan elektrik komersial namun dengan kerjasama baharu dengan jenama NETA, ia akan membuka ruang yang lebih luas, selain mengembangkan pasaran dengan membesar fasaliti yang dijangka di Negeri Sembilan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.neta.my