Suzuki Malaysia memperkenalkan edisi terkini V-Strom 1050 pada harga cadangan RM78,800 seunit.
Berikut fakta pantas tentang touring tersebut:
- Didatangkan dengan kemaskini Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (S.I.R.S.) yang meningkatkan keselesaan dan kawalan pada pelbagai permukaan muka bumi
- Enjin 1,037cc V-Twin memastikan penghantaran kuasa yang lancar menerusi kotak gear manual 6-kelajuan
- Bahagian kaki dilengkapi dengan rim aluminium tuang 19-inci (depan) dan 17-inci (belakang)
- Visor depan dengan pelarasan ketinggian ‘quick release’
- Kawalan kruise dan sistem bi-directional quick shift
- Panel instrumen multi fungsi 5. 5-inci TFT LCD berwarna
- Pilihan warna badan Pearl Vigor Blue/Metallic Black (CGI) dan Glass Blaze Orange/Metallic Mat Black (CGH)
Model import (CBU) dari Jepun ini didatangkan dengan waranti kilang 2-tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu).