Gara-gara cuai, tiga buah supercar McLaren Singapura remuk

495

Tiga buah supercar McLaren dengan nombor pendaftaran Singapura remuk di bahagian depan dan belakang selepas terlibat dalam satu kemalangan akibat kecuaian sendiri.

Bagaimanapun, kesemua pemandu tidak mengalami kecederaan. Kemalangan tersebut berlaku pada jam kira-kira 9 pagi ketika salah sebuah supercar itu ingin membelok memasuki simpang di KM63 Jalan Yong Peng, Kluang. 



Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, ketiga-tiga pemandu Mclaren MP4 itu dari Batu 4 ke arah Taman Seri Lambak.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu pertama memperlahankan kenderaannya kerana mahu memasuki ke simpang kanan, manakala pemandu dibelakangnya membrek.

“Kemudian, pemandu ketiga yang datang dari belakang hilang kawalan lalu melanggar kenderaan yang berada di tengah lalu merempuh kereta di depannya,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here