Proton buka tempahan S70 bermula hari ini

546

Proton rasmi membuka tempahan sedan segmen-C, S70 bermula hari ini. Bagaimanapun, spesifikasi dan harga sedan itu masih belum didedahkan. 

Menggunakan tagline Intelligence that Evolves, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong menyatakan kesemua cawangan Proton akan mula menerima tempahan bermula 1 November (hari ini) dengan bayaran yuran tempahan RM500.



“Dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar dan enjin 1.5 turbo dan transmisi klac berkembar, kami berharap S70 bakal popular dalam kalangan peminat Proton sedia ada dan baharu,” katanya.

Proton S70 merupakan model keempat yang dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90.

Difahamkan, S70 bakal ditawarkan menerusi empat varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.
 
Daripada segi penampilan, S70 hanya memiliki perbezaan pada bahagian gril depan dan lencana berbanding model rebadge Geely Emgrand. 
 

Model itu bakal menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here