Spesifikasi Proton S70 bocor, pasaran tempatan terima 4-varian

486

Proton mengumumkan pengeluaran S70 di kemudahan Tanjong Malim dan pembukaan tempahan sedan tersebut bermula hari ini. 

Bakal dilancarkan tidak lama lagi, spesifikasi Proton S70 bocor yang dikongsi di grup Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group.



Proton S70 didatangkan dengan empat varian iaitu:

  • 1.5T Executive
  • 1.5T Premium
  • 1.5T Flagship
  • 1.5T Flagship X

Model asas, 1.5T Executive didatangkan dengan rim aloi 16-inci, lampu depan halogen, butang tekan/mula dan masuk pintar, paparan meter monokrom 3.25-inci, skrin infotainmen 8-inci Linux dengan resolusi 1,024 x 600, lima slot USB dan empat pembesar suara.

Sementara, ciri keselamatan pula ditawarkan dengan enam beg udara, ABS, Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Tahan Bukit (HHA).

Manakala keselamatan termaju pula merangkumi amaran trafik belakang, amaran perlanggaran belakang, amaran buka pintu dan bantuan tukar lorong.

Varian Premium dilengkapi dengan lampu depan LED automatik, corong pendingin hawa penumpang belakang, kabin kemasan kulit upholsteri, bar lampu belakang penuh serta kamera undur dan sensor parkir depan/belakang.

Proton S70 1.5T Flagship pula menampilkan rim aloi 17-inci, kluster instrumen digital penuh bersaiz 10.25-inci dengan resolusi 1,920 x 720, skrin infotainmen 10.25-inci, kerusi pemandu berkuasa elektrik, pengecas tanpa wayar, kamera 360 darjah, sistem pemantauan angin tayar (TPMAS) dan ADAS Level 2 serta perintah suara.

Varian tertinggi pula dibezakan dengan tawaran bumbung suria. Kesemua varian menerima enjin 1.5L turbo.

Namun, S70 akan mendapat suntikan port 1.5T (150PS/226Nm) sama seperti tiga varian Proton X50 dan bukannya varian X50 Flagship yang menggunakan 1.5TGDi (177 PS/255 Nm).

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here