Dibuang dari grup WhatsApp geng motor, pemuda bunuh rakan

600

Polis Resort Bandar (Polresta) Bandung menahan seorang pemuda yang membunuh rakannya gara-gara sakit hati dikeluarkan dari grup WhatsApp geng motor.

Ketua Polresta Bandung Kombes Pol. Kusworo Wibowo menjelaskan peristiwa tersebut bermula apabila suspek yang berumur 35 tahun berasa kesal apabila mangsa bertindak sedemikian.

“Setelah dikeluarkan dari grup WhatsApp, suspek menemui mangsa lalu bertanyakan punca tindakan tersebut sehingga tercetusnya pergaduhan.



“Suspek memang setiap hari selalu membawa sebilah pisau dan ketika berlakunya perkelahian, tersangka langsung mengeluarkan senjata tajamnya dan menikam korban,” katanya. 

Akibatnya, mangsa mengalami luka pada dada kiri yang tembus ke jantung kemudian di lengan dan jari tangan.

Hasil bedah siasat, mangsa yang berusia 29 tahun meninggal dunia akibat tikaman menembusi jantung.

Suspek berjaya ditahan selepas tujuh jam kejadian berlaku pada 29 Oktober pada jam 11 malam. 

Kes disiasat di bawah Pasal 351 ayat (3) tentang penganiayaan hingga korban meninggal dengan Pasal 338 KUHP tentang pembunuhan yang mana sabit kesalahan penjara 15 tahun. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here