Rider p-hailing terbang ke Singapura semata bagi memenuhi tempahan nasi ayam. Rakaman perjalanan penghantar makanan itu dikongsi pengguna TikTok @thita.vy.
Klip video menunjukkan rider tersebut lengkap membawa bag perkhidmatan menghantar makanan berwarna hijau itu di lapangan terbang Thailand.
@thita.vy อยากกินขนมโตเกียว พี่เขาจะไปซื้อที่ญี่ปุ่นให้มั้ย 🤓 #วาสนาผู้ใด๋น้อ #grab #grabth
Pengguna TikTok itu yang kebetulan berada dalam penerbangan sama berkongsi berasa pelik dengan kehadiran rider tersebut.
Alangkah terkejutnya, apabila dia mendapati lelaki itu menerima upah untuk membeli nasi ayam di Singapura.
Wanita itu mendapatkan pengesahan lelaki tersebut yang memberitahu terbang ke Singapura bagi membeli hidangan berkenaan.
Pengguna TikTok itu juga berjenaka mencadangkan akan datang dia mungkin memesan teh susu dari Taiwan, dengan harapan rider itu boleh membeli untuknya.
Susulan penularan video tular itu, netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi.