Tular sebuah video memaparkan pemandu Perodua Myvi putih memandu secara melulu dan merbahaya ketika hujan. Dipercayai lokasi kejadian berlaku di lebuhraya SKVE.
Menerusi video rakaman seorang rider, Myvi dengan nombor plat Pulau Pinang itu menggunakan lorong kecemasan bagi memotong lori.
Mujurlah, rider yang menunggang pada kelajuan 118kmj itu dapat mengelak dan mengagak tindakan pemandu itu lalu membunyikan hon panjang.
Bagaimanapun, rider itu meneruskan perjalanan dan klip video itu dilajukan. Malang tidak berbau, beberapa kilometer di depan, Myvi berkenaan terbabas lalu melanggar penghadang jalan.
Kejadian itu direkod kamera papan pemuka salah sebuah kenderaan yang melalui jalan tersebut dan dimuatnaik dalam grup Facebook Dashcam Owners Malaysia.
Pada rakaman itu, rider berkenaan menghampiri pemandu Myvi tersebut lalu menyoal tindakan merbahayanya.
Pemuda itu tanpa rasa bersalah dan dalam keadaan terpinga-pinga tidak mengakui kesalahan sambil membelek kerosakkan kenderaannya.
“Kau drive macam mana tadi kau potong depan aku…belakang lori tadi yangko potong di lorong kecemasan..
“Tak payahla.. aku ada kameralah mat..elokla tu padan muka…,”kata penunggang motor tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan merbahaya pemandu tersebut dan berpihak kepada rider tersebut.