Gagal pamer cukai jalan dan lesen digital tidak dikenakan tindakan

514

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak mempamerkan cukai jalan dan lesen memandu digital.

Perkara itu disahkan pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berhubung kekeliruan dan berlaku sedikit ‘kekalutan’ melibatkan perkara tersebut.

 



Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menunjukkan aplikasi MyJPJ ketika pengumuman Inisiatif Pendigitalan Februari lalu.

Beliau berkata, JSPT  melaksanakan arahan kerajaan berkaitan cukai jalan dan lesen memandu digital seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini.

“Tiada tindakan diambil ke atas pengguna jalan raya yang tidak pamer cukai jalan dan lesen memandu digital.

“Namun begitu, pengguna jalan raya disaran menunjukkan kesahihan maklumat melalui aplikasi yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kenderaan yang diperiksa.

“Ia bertujuan memastikan kesahihan dan keselamatan pemiliknya yang sah dan seterusnya mengesahkan ia juga bukan kenderaan hilang akibat kes kecurian,” katanya.

Tambah beliau, JSPT mempunyai aplikasi yang menghubungkan data maklumat kenderaan dan lesen memandu diuruskan pihak JPJ.

Oleh itu, data kenderaan yang dipamerkan secara tangkap layar oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT.

“Screen shot oleh pemilik masih boleh diterima pakai oleh JSPT bagi membuktikan kenderaan tersebut adalah miliknya,” ujarnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here