Masalah IHU : Aco Tech minta pemilik Proton X90 pasang kemaskini perisian baharu




657
Proton menerusi anak syarikatnya Aco Tech yang dimiliki bersama oleh Altel dan Ecarx telah mengambil langkah yang perlu untuk menghubungi pemilik X90 terkesan susulan masalah kemas kini secara online (OTA) pakej perisian.
 
 
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ralat tersebut telahpun dikenalpasti dan kesemua pemilik X90 digalakkan memasang kemaskini perisian baharu bagi membolehkan sistem dioptimumkan dengan peningkatan terkini.
 
Bagaimanapun, pelanggan yang masih berdepan dengan masalah walaupun telah berbuat demikian dinasihatkan membuat laporan menerusi kod QR untuk bantuan segera.
 
Pihak Aco Tech turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. 
 
 
Baru-baru ini, pengguna X90 melaporkan masalah infotainmen head unit (IHU) selepas melakukan kemas kini perisian dan tidak dapat menggunakan audio/video termasuk sistem keselamatan tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here