Seorang wanita berkongsi rasa kecewa apabila Perodua Viva yang dipinjamkan kepada sepupunya ditemui dalam keadaan teruk selepas hilang dalam tempoh yang lama.
Lebih menyakitkan hati sepupunya juga menghilangkan diri dipercayai terbang ke Australia dan tidak memulangkan kenderaan itu.
Wanita yang menggunakan akaun TikTok @cikmy1 itu menjelaskan perjanjian awal Viva itu digunakan hanya sehari.
“Dia kata nak bawa maknya keluar, kebetulan hari dia pinjam Sabtu, hari bercuti. Jadi dia perlu hantar malam itu.Ambil pagi sampai 6 petang masih tidak hantar. Cuba call tak dapat.
“Positif mungkin malam hantar, sampai 12 malam tak hantar dan call tak dapat dan mak diapun tak dapat.
@cikmy1 Replying to @๓คŦเค sedih tetap sedih#fyppppppppppppppppppppppppp #modelutara #cikmy1 #chinesetiktok #talentutara #petuaorangtuacikmy
“Hari Ahad masih belum dapat dihubungi. Cukup 24 jam buat report kereta tidak dipulangkan,” kongsinya dalam video tersebut.
Bahkan, wanita itu turut menjelaskan dia mengambil masa berbulan mencari Viva tersebut serta membuat laporan polis beberapa kali.
“Mak dia cakap..tak ambilpun mak dia dan tak jumpa anak sudah lama. Hubungi adik dia katanya abang fly ke Australia.
“Adik diapun tidak tahu kereta di mana dan aku dah habis duit upah orang untuk cari kereta lepas tu berbulan-bulan cari sampai satu masa saman sampai. Bila saman sampai atas nama orang lain jadi aku cari pemilik nama tu,” katanya.
Lebih mengecewakan dia menerima saman atas beberapa nama berbeza sehinggalah mendapat panggila dari polis memaklumkan dirinya terlibat dalam jenayah curi kabel.
“Kereta dah dijumpai dan individu yang gunakan kereta itu sudah ditangkap. Selepas kes selesai nak ambil kereta tengok keadaannya sungguh sedih.
“Dah tak boleh buat apa bingkai belakang dipotong, pengajaran untuk semua tak payah percaya dengan orang melainkan diri sendiri,” jelasnya.
Bahkan, Viva hitamnya itu ditukar kepada warna lain dan keadaan enjin yang teruk serta kerusi belakang ditanggalkan.