Lancar Disember depan, Honda Malaysia buka tempahan CR-V

484

Honda Malaysia rasmi membuka tempahan CR-V generasi keenam di 101 buah pusat jualan sah jenama tersebut seluruh negara.

Bakal dilancarkan Disember depan, Honda CR-V didatangkan dengan dua pilihan enjin:

  • 2.0L e:HEV yang menghasilkan kuasa 184PS dan tork 335Nm bersama transmisi e:CVT. Trenkuasa ini didatangkan dengan naiktaraf Motor Traksi Hibrid yang menawarkan kelajuan maksimum lebih tinggi serta sensasi pemanduan dinamik.
  •  1.5L turbo VTEC pula menawarkan output 193PS dan tork 243Nm dengan pecutan yang dipertingkatkan. Padanan transmisi CVT memberikan pemanduan lebih senyap dan lancar. 
  • Kesemua CR-V baharu dilengkapi Real Time AWD termaju yang meningkatkan agihan daya pemanduan pada semua tayar.  

Varian Honda CR-V e:HEV RS didatangkan dengan: 



  • Pelanggan yang memilih e:HEV RS bakal mendapatkan sebuah SUV dengan rasa premium menerusi reka bentuk gril jejaring (mesh) yang tebal serta ciri LED pada semua pencahayaan merangkumi lampu depan, belakang, kabus dan signal berurutan.
  • Hendal pintu yang berkilat.
  • Rim aloi Berlina Black bersaiz 18-inci.
  • Melengkapkan penampilan luar adalah pemasangan Gril Penutup Aktif yang meningkatkan aerodinamik dan kecekapan bahan api. 
  • Ciri pertama kalinya pada CR-V itu dipasang di bahagian bawah bampar depan yang akan mengawal aliran udara penyejukan dengan membuka dan menutup penutup secara automatik berdasarkan kelajuan, suhu enjin dan keperluan penyejukan kereta.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan:

  • Pintu but CR-V baharu didatangkan dengan ciri bukaan elektrik bebas tangan bersama Walkaway Close bagi fungsi tutup untuk memudahkan akses. 
  • Sistem Kamera Multi-Pandangan menawarkan imej 360 darjah.
  • Honda Sensing yang dinaiktaraf dengan sudut radar dan kamera lebih besar serta sensor sonar bagi kawalan brek kelajuan rendah.
  • Teknologi bantuan pemandu bagi Honda Sensing kini memiliki sembilan fungsi keselamatan dengan tambahan Adaptive Driving Beam (hanya e:HEV). Ia meningkatkan
    penglihatan pemandu dan mengurangkan silau bagi kenderaan yang menghampiri.
  • Ia ditingkatkan dengan pengesanan garis jalan lebih baik dan bantuan stereng. Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) memudahkan pelayaran di lebuhraya.
  • Honda Malaysia turut memperkenalkan Honda Connect yang memudahkan kawalan keselamatan dan maklumat kenderaan pada hujung jari.

Ingin lihat lebih dekat?…Honda Malaysia menawarkan previu eksklusif bermula 17 November hingga 10 Disember di wakil jualan terpilih mengikut wilayah pantai timur, selatan, tengah dan utara.

  • 17-18 November : Ban Chu Bee Sdn Bhd
  • 18-19 November: Syarikat Tan Eng Ann Sdn Bhd
  • 25-26 November: Ban Lee Heng Motor (Melaka) Sdn Bhd; Kah Motor Co Sdn Bhd-Tebrau; Yong Ming Motor Sdn Bhd dan Elmina Motors Sdn Bhd

  • 2-3 Disember: Botanic Auto Mall Sdn Bhd; Peringgit Sri Motor Sdn Bhd dan Sri Utama Auto Sdn Bhd

  • 9-10 Disember: Formula Venture Sdn Bhd; Motoria Sdn Bhd dan Vivahill Auto Sdn Bhd

Anda boleh menempah memenerusi laman web rasmi Honda Malaysia atau muat turun aplikasi HondaTouch atau kunjungi wakil jualan sah jenama tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here