Pertama di Malaysia, tanda garis jalan bercahaya dalam gelap di Semenyih

493

Tahun lalu, syarikat pembinaan jalan Australia Tarmac Linemarking menjalankan percubaan tanda jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) di jalan terpilih di negeri Victoria, Australia.

Program keselamatan itu menggunakan tanda garis jalan dengan pantulan yang lebih tinggi, ihsan daripada penambahan manik kaca yang lebih tebal dan termoplastik pada cat penanda garis.



Konsep yang sama juga digunakan di jalan raya tempatan atau lebih tepat di persimpangan Jalan Sungai Lalang B19 dan Sungai Tekali B16, Semenyih. 

Informasi itu dikongsi akaun Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat pada hujung bulan lalu. 

“Cat jalan yang ‘bernyala dalam gelap’ ini adalah cubaan projek rintis kami dalam membawa inovasi ke dalam kejuruteraan jalan.
 
 
“Jika ada yang lalu nanti jangan pula ‘terperanjat beruk’ ya, walaupun kawasan ini sememangnya digelar ‘Monkey Hangout’.
 
“Ini kordinatnya 3.093245,101.894864. Hati-hati memandu di jalan raya,” tulisnya pada kapsyen hantaran. 
 

Menerusi hantaran Bernama di Aplikasi X pada 15 November lalu, pihak JKR menggunakan cat yang bercahaya dalam gelap pada garisan jalan berkenaan. 
 
“Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meninjau lokasi pemasangan cat jalan ‘glow in the dark’ yang pertama di Malaysia di Jalan Sungai Lalang. 
 
“Konsep tersebut ialah garisan di jalan raya kelihatan normal pada waktu siang namun akan bercahaya pada waktu malam.
 
“Ia bagi memastikan pengguna jalan raya memandu lebih selamat dan sangat membantu terutamanya bagi pengguna jalan raya yang tidak biasa memandu melalui sesuatu kawasan baharu,” tulis agensi media tersebut. 
 
Selain di Semenyih, Jalan Persekutuan 30 (ft30) turut menggunakan konsep yang sama. Motoqar difahamkan aplikasi garisan bercahaya dalam gelap di jalan berkenaan dilakukan sekitar awal tahun ini. 
 
Berbeza dengan Semenyih yang menggunakan cat, laluan tersebut memilih konsep jalur pelekat stamark 3M pada garisan jalan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here