GAC Aion Hyper HT lancar di China, harga mula RM138k

339

SUV fastback GAC Aion Hyper HT lancar di China dengan konsep pintu gullwing acah Tesla. Dijual pada harga mula CNY213,900 (RM138,896), kereta elektrik (EV) itu bakal bersaing dengan Tesla Model Y, Xpeng G6 dan IM LS6. 

Hyper awalnya merupakan siri di bawah GAC Aion yang mana model pertamanya merupakan sedan Hyper GT yang dilancarkan Julai lalu. 



Baru-baru ini, Hyper menjadi jenama independen yang menyasarkan pelanggan kelas atas. Model keduanya merupakan supercar Hyper SSR dengan harga mula CNY1,286,000 (RM835,063). Hari ini, model ketiga memasuki pasaran lokal iaitu HT SUV coupe.

Hyper HT menggunakan senibina elektrik AEP3.0 generasi ketiga. Ia menyumbang kepada pilihan trenkuasa felksibel, graviti yang rendah dan naiktaraf struktur badan.

Penggayaan Hyper HT mengikuti bahasa rekaan jenama menerusi lampu bulat dan hendal pintu yang disatukan dengan badan. 

Ia memiliki panjang 4,935mm, lebar (1,920mm) dan tinggi (1,700mm) bersama jarak roda 2,935mm. Bukaan pintu belakang gullwing hanya ditawarkan pada dua varian teratas.  

Di belakang stereng berbentuk oval tersedia penukar gear dan panel instrumen LCD yang nipis.  

Pada bahagian konsol tengah diletakkan skrin terapung 14.6-inci dikuasakan sistem operasi  GAC ADiGO 5.0. Tidak ketinggalan, pada bahagian tengah dilengkapi dua pad pengecas tanpa wayar 50W dan ruangan simpanan tersembunyi.

Kesemua enam varian Hyper HT didatangkan dengan 22 pembesar suara Dolby Atmos sebagai standard.

Setiap varian Hyper HT kecuali versi teratas didatangkan dengan pilihan pakej ‘Luxury’ bernilai CNY12,000 (RM7,792) merangkumi kemasan kulit Nappa, 10 fungsi urut pada kerusi depan dan ciri pemanas pada kerusi belakang.
 
 

Sementara itu, Hyper HT didatangkan dengan enam pilihan varian. Versi pengenalan asas didatangkan dengan paparan kamera keliling, kawalan kruise adaptif, lampu utama LED, fungsi ventilasi dan pemanas kerusi depan dan 22 pembesar suara Dolby Atmos.

Manakala varian teratas menerima pintu gullwing, ciri pemanas kerusi belakang, sistem parkir dan pintu berkuasa elektrik. Berikut varian Hyper HT: 

  • Technology Version (600km) : CNY 213,900 (RM138,896)
  • Battery Swap Version (550km) : CNY 213,900 (RM138,896)
  • High-Voltage Version (670km) : CNY 229,900 (RM149,285)
  • High-Voltage NDA Version (670km) : CNY 244,900 (RM159,025)
  • Gull-Wing Doors High-Voltage NDA Version (670km) : CNY 285,900 (RM185,649)
  • Gull-Wing Doors High-Voltage Max Version (770km) : CNY 329,900 (RM214,220)

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here