Peningkatan jumlah pengguna jalan raya, terdapat peningkatan risiko untuk kemalangan jalan raya.
Sikap pemandu yang bijak dan berhemah amat penting untuk mengelakkan kemalangan berlaku di samping mematuhi peraturan jalan raya.
Sebagai pemandu, bukan sekadar perlu mengawal emosi semasa memandu bahkan perlulah juga bijak menggunakan signal atau menukar lorong dengan memastikan kenderaan di belakang tidak begitu hampir.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menerusi akaun Facebook menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas yang kerap dilakukan oleh pengguna.
- Memecut melebihi had laju
- Membelik secara bahaya
- Mengabaikan atau melanggar lampu isyarat merah
- Tidak memberi isyarat sebelum membelok
- Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
- Memotong secara bahaya
- Cuai masuk atau keluar simpang