Kia EV5 rasmi lancar di China, harga mula RM96k

372

Kia China rasmi melancarkan EV5 pada acara Pameran Automobil Guangzhou China ke-2.

Pra-tempahan kereta elektrik (EV) itu sudahpun dibuka 25 Ogos lalu dan harga rasmi jualan adalah CNY149,800 (RM96,811).



Diposisikan sebagai SUV elektrik, EV5 ialah model strategik global pertama Kia yang diperkenalkan di China, dibangunkan berdasarkan platform E-GMP.

Kia EV5 tersebut dilengkapi dengan pek bateri LFP Blade 64.2kWh BYD dan gabungan motor 160kW menawarkan pemanduan sejauh 530km. Manakala versi jarak jauh menawarkan perbatuan sejauh 720km. 

Bahagian kabin EV5 menawarkan ‘feel’ moden menerusi paparan dua skrin terapung bersama stereng empat jejari dengan tuil gear di belakang.

Daripada segi praktikaliti, jenama Korea Selatan itu menawarkan dulang boleh lipat pada barisan belakang sebelah kanan dan laci tengah 4 liter dengan ciri pemanas dan penyejuk.

Ciri keselamatan lain termasuklah 7-beg udara, bantuan pemanduan L2+ dan fungsi sokongan lain misalnya tukar lorong semi automatik dan kawalan jauh parkir pintar. 

EV5 disokong kemas kini secara online (OTA) dan kunci digital UWB serta generasi baharu sistem hiburan.

Kia EV5 ditawarkan dengan jaminan 5 tahun atau 100,000km manakala bateri, motor dan sistem kawalan elektronik didatangkan dengan waranti 8 tahun atau 150,000km. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here