Menjelang potensi kerjasama Gigafactory, PM Thai lawat kilang Tesla

256

Baru-baru ini, Perdana Menteri Thailand melawat kilang Fremont Tesla di California Utara. Lawatan itu merupakan langkah strategik ke arah mengukuhkan kedudukan landskap kenderaan elektrik (EV) dan tenaga boleh diperbaharui di Thailand. 

Kunjungan Srettha Thavisin ke kemudahan itu turut melihat Cybertruck bersama Naib Presiden Kejuruteraan Kenderaan Tesla, Lars Moravy. 



Menerusi hantaran pada akaun X milik beliau, Srettha menyatakan pihaknya berbincang dengan Tesla berkaitan kolaborasi masa depan EV dan tenaga boleh diperbaharui.

“Adalah menjadi harapan saya kerjasama ini akan mengukuhkan Thailand sebagai hab untuk EV dan tenaga boleh diperbaharui pada tahun-tahun akan datang. Nantikan untuk melihat lebih banyak kehadiran Tesla di negara asal kami, Elon Musk,” tulis beliau. 

Di samping itu, kunjungan berkenaan juga bagi menggalakkan peningkatan pelaburan Tesla di negara berkenaan. 

Tesla (Thailand) Co Ltd  didaftarkan di Thailand pada 25 April 2022 dan dalam proses mengembangkan pelaburan di rantau Asia.

NEGARA YANG BAKAL MENJADI LOKASI KILANG BAHARU TESLA

Bagi beberapa tahun akan datang, Tesla telah bersahabat dengan beberapa pegawai tinggi dari negara di Hemisfera Timur. Ini termasuk India dan Thailand, dua negara yang berusaha untuk mewujudkan perkongsian perniagaan selama beberapa tahun.

Thailand menggalakkan pelaburan Tesla di negaranya dan membawa beberapa kapasiti perniagaannya ke rantau berkenaan dalam meningkatkan penggunaan EV. Ini bukanlah kali pertama Thavisin melobi kemasukan Tesla ke pasaran Thailand.

Semasa pertemuan September lalu bersama Elon Musk, Perdana Menteri itu menyatakan Tesla akan meninjau kemudahan pembuatan EV di Thailand, antara beberapa pelaburan berprofil tinggi lain daripada syarikat utama seperti Google dan Microsoft.

Ia akan menjadi satu langkah yang menarik untuk melihat Tesla melancarkan Gigafactory seterusnya di Thailand, kerana beberapa lokasi bersaing untuk peluang menjadi tuan rumah kemudahan pengeluaran EV syarikat itu.

India, Perancis, Korea Selatan, Kanada, dan Chile semuanya disebut baru-baru ini sebagai calon lokasi kilang Tesla seterusnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here