Pemilik ingin lepaskan dua unit Yamaha RX-Z bersama rumah

16105
Nilai Yamaha RX-Z yang terlalu tinggi sehinggakan ada dalam kalangan peminat motor berkenaan rela menukarnya dengan aset yang bernilai misalnya sebidang tanah.
 
Bahkan, tagline ‘demo dok kenal bare’ barang juga cukup sinonim dengan produk berkenaan hanya semata menghalalkan cara jualan harga kayangan.
 
 
Untuk mendapatkan RX-Z dengan kondisi yang baik didatangkan dengan mahar yang tinggi. Sediakan sahaja wang.
 
Tetapi lain pula seorang pemilik ini apabila dia ingin melepaskan dua buah RX-Z miliknya bersama rumah apartment miliknya di Puchong. 
 
Menerusi hantaran akaun Facebook Kasanova Ringgit di grup jual beli rxz itu kesemua pakej tersebut dijual pada harga RM228,000.
 
“Nombor plat NAW 59x (tiga nombor) mili 1996, atas bawah original body enjin. Wayering jalan katak fully. Nama saya.
 
“Nombor plat MU 865x, 1989 enjin standard mili number body enjin bebas dari dosa-dosa terlarang suci. Nama saya,” tulisnya.
 
Pada ruangan komen, pemuda itu menjelaskan ingin melepaskan RX-Z tahun 1996 dan 1989 itu kerana ingin pulang ke Pahang di samping sudah letih ‘main’ motor.
 
“Susah takda yang nak joky kita takut nak bawak laju-laju.. Sia main motor kalau ride setahun sekali turun LPT.
 
“Puas dah merantau berasa nak balik tempat asal,” tulisnya. 
 
 
 
 

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here