SISMA Auto melancarkan pusat 3S Volvo utama yang baharu di Sungai Besi, Kuala Lumpur yang juga bilik pameran Volvo terbesar di Malaysia.
Ia dinamakan Volvo SISMA Auto Sungai Besi yang mana bilik pameran itu mampu memuatkan sehingga 16 kereta baharu dan terpakai SELEKT.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman runcit premium di ruang menunggu ala Scandinavia dengan menampilkan gaya kemas dan ringkas yang mencerminkan minimalisme serta kefungsian, namun tetap menonjolkan keindahan.
Pusat ini terletak di Wisma SISMA Auto, bangunan empat tingkat seluas 55,000 kaki persegi yang dibina khusus dengan kos RM30 juta.
Bangunan canggih itu merealisasikan Pengalaman Runcit Mampan Volvo yang menerapkan gabungan pelbagai inisiatif mampan:
- Penuaian air hujan
- Penggunaan tenaga suria
- Reka bentuk muka bangunan bertebat cekap tenaga, pencahayaan dan pengudaraan Pemaksimuman elemen hijau
- Perabotnya pula adalah yang terkini hasil sumber dan pembuatan yang mampan
Pusat servis Volvo SISMA Auto Sungai Besi lengkap dengan peralatan diagnostik Volvo berkomputer terkini, pelbagai peralatan khas Volvo, kelengkapan penjajaran dan pengimbangan roda. Ia juga dilengkapkan dengan pengecas DC kapasiti tinggi 120kW untuk kegunaan umum.
Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh Volvo SISMA Auto Concierge Service, yang menawarkan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat.
Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim (tengah gambar di atas) menyatakan lokasi asal di Glenmarie sudah tidak mampu menampung pertumbuhan perniagaan Volvo yang dimulakan lebih kurang enam tahun yang lalu.
Menurutnya, pusat yang lebih besar dan lebih baik ini dibangunkan memandangkan jumlah pelanggan kami yang kian meningkat.
Ia juga berfungsi sebagai penambahan kepada lokasi jualan sedia ada kami di Bukit Bintang, yang berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
“Penggunaan kenderaan elektrik kini semakin meluas di Malaysia dan kami melihat adanya peluang pertumbuhan yang pesat memandangkan Volvo merupakan perintis di kalangan pengeluar kenderaan terkemuka yang mempunyai aspirasi yang agresif ke arah masa depan yang mampan,” katanya.
Alamat Pusat Volvo Sisma Auto Sungai Besi:
Wisma Sisma di 855, Lebuhraya Sungai Besi, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.
Pusat ini beroperasi:
- 9.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat
- 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad