Proton : Cukup SUV yang ada, kena fikir juga pelanggan sedan

1238

Penjualan model sedan merosot beberapa tahun kebelakangan ini susulan pertumbuhan populariti SUV dan crossover.

Faktor seperti perubahan pilihan pengguna, penerimaan praktikaliti SUV dan tawaran versatiliti telah menyumbang kepada peralihan tersebut.



Justeru itu, mengapakah Proton memperkenalkan sedan S70 selepas pengenalan tiga SUV rebadge Geely iaitu Proton X50, X70 dan X90.

Ini jawapan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah. 

“Cukup dah SUV yang ada buat masa ini dan ada pelanggan yang tidak mahu SUV.

“Sekiranya kami menambah model SUV lain, ia boleh jadi SUV yang lebih kecil atau lebih besar.

“Melihat kepada barisan SUV yang ada, kami perlu memikirkan pelanggan yang mencari kereta sedan. Terdapat kekosongan dalam barisan sedan Proton jadi kami melihat S70 boleh mengisi kekosongan itu,” katanya pada majlis sidang media, baru-baru ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here