Nampak sama tapi bukan produk Tesla…trak pikap ini dinamakan sebagai Robotruck daripada syarikat Aitekx.
Nama syarikat pemula itu memfokuskan pada mobiliti masa depan Kepintaran buatan (AI) merangkumi AI + Tech +X.
Pengeluaran produk pertama itu dijangkakan pada 2025 yang mana menawarkan jarak pemanduan sehingga 885km.
Bagaimanapun, kapasiti bateri tidak didedahkan. Mengambilkira dengan jarak perbatuan sedemikian kemungkinan pengeluar menggunakan bateri 200kWh atau lebih.
Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 201kmj.
Pada laman web rasmi, Aitekx memaparkan panjang trak pikap itu 188-198 inci yang bergantung pada konfigurasi varian dan lebar 76.6 inci dengan ruang kargo 6.1 inci. Sementara, Cybertruck lebih panjang dan lebar.
Sekali imbas, penampilan luaran model prototaip itu mirip dengan Cybertruck. Tetapi tentunya bakal ada perubahan apabila memasuki barisan pengeluaran.
Walaupun belum ada lagi harga rasmi, Aitekx mengatakan syarikat itu menumpukan pemasangan kenderaan berdasarkan tempahan.