Miliki Ferrari Purosangue dengan harga bermula RM5 juta

374

Sempena majlis pelancaran pusat pameran Ferrari Ital Auto Malaysia, Ital Auto Sdn Bhd selaku pengedar rasmi supercar jenama Ferrari di negara ini, turut mempertontonkan crossover, Ferrari Purosangue.

Ia juga menjadi kenderaan pertama Ferrari yang menawarkan empat pintu dan empat tempat duduk dalam tempoh 75 tahun.



Jentera berkenaan memiliki dimensi berukuran 4,973 mm panjang, 2,028 mm lebar dan 1,589 mm tinggi, dengan jarak antara roda 3,018 mm.

Didatangkan dengan casis baharu yang diperbuat menggunakan aluminium aloi berkekukuhan tinggi, sementara kerangka badannya diperbuat daripada beberapa material aluminium dan gentian karbon.

Rangkaian kuasanya, memang sangat menyerlah dengan dipadankan enjin V12 6.5 liter aspirasi natural (NA). Enjin itu menyalurkan kuasa 725 PS dengan tork setinggi 716 Nm.

Dipadankan dengan transmisi lapan kelajuan F1 DCT yang mana kuasa itu disalurkan sistem pacuan semua roda.

Ini fakta prestasi untuk Ferrari Purosangue:

  • Kelajuan maksimum: Lebih 310kmj
  • 0-100kmj: 3.3 saat
  • 0-200kmj: 10.6 saat

Prestasi membrek pula:

  • 100-0kmj: 32.8 meter
  • 200-00kmj: 129 meter

Ferrari Purosangue menawarkan bukaan pintu belakang yang unik berkonsepkan suicide door sekali gus memudahkan penggunanya akses ke dalam ruang kabin.

Menjengah ke ruang kabin, ternyata jentera ini memiliki ruang yang cukup selesa buat keempat-empat penggunanya.

Susun atur kokpit berkembar pada Purosangue, mempunyai skrin kluster digital 16 inci dan roda stereng yang diinspirasikan daripada SF90 Stradale dan skrin kedua 10.2 inci untuk penumpang hadapan.

Penumpang belakang memiliki dua tempat duduk berasingan yang dipisahkan oleh konsol tengah. Sistem audio menggunakan pembesar suara bunyi keliling Burmester 3D.

Kira-kira 85 peratus daripada kemasan dalaman Purosangue terdiri daripada bahan yang lestari yang mana alas bumbung fabrik daripada poliester kitar semula, karpet poliamida kitar semula daripada jaring ikan dan alcantara daripada poliester kitar semula.

Harganya pula, Purosangue dijual bermula RM5 juta termasuk cukai dan duti. Selain itu, ia ditawarkan dengan program penyelenggaran selama tujuh tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here