Maut terhidu gas karbon monoksida dalam Myvi

548

Seorang pelajar Politeknik Kota Bharu, Tumpat ditemukan maut dalam sebuah Perodua Myvi manakala rakannya dikejarkan ke hospital akibat terhidu gas karbon monoksida.

Pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, Fatin Ieram Bariah Muhamad Sobri, 20, dan rakannya Wan Muhamad Haris Aiman Muhamad, 20, ditemukan pekerja stesen minyak di bandar Kota Bharu selepas mendapati kereta tersebut diparkir beberapa jam di situ.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 10.17 malam.



Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah ke atas mangsa serta disahkan terhidu karbon monoksida.

“Mangsa wanita yang ditemui meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau memberitahu, turut menerima maklumat daripada pihak hospital bahawa Wan Muhamad Haris Aiman kini dalam keadaan stabil.

 

Menurut Rohana, anaknya yang mesra dengan panggilan Ieram ditemani Wan Muhamad Haris Aiman yang merupakan rakan sejak sekolah dan turut belajar di politeknik.

Saya dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke kedai kakak Wan Muhamad Haris Aiman di bandar untuk membungkus barangan jualan dalam talian kakaknya itu,” katanya. 

Jelasnya, Ieram tinggal di rumah sewa berdekatan politeknik dan akan pulang setiap Khamis dengan memandu kenderaan sendiri.

Rohana memberitahu, kali terakhir bertemu anaknya pada jam 6.45 pagi Ahad ketika mahu bertolak ke politeknik.

Rohana juga memaklumkan, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang pertemuan di kediaman mereka malah menunjukkan keceriaan seperti biasa.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here