Jalan Padang Sanai ke Durian Burung (K11) merupakan tanda jalan bercahaya dalam gelap (glow in the dark) yang terpanjang di Malaysia sejauh 3km.
Pemasangan garisan jalan bercahaya dalam gelap yang pertama di Kedah dan kedua di Malaysia itu disiapkan Selasa lalu.
Ini fakta ringkas tentang garisan jalan bercahaya dalam gelap K11 tersebut :
- Garisan bercahaya dalam gelap terpanjang di Malaysia sejauh 3km
- Cahaya matahari dikumpulkan dan apabila waktu malam akan nampak satu garisan yang terang-benderang
- Projek itu mendapat kelulusan melalui peruntukan sebanyak RM500,000 oleh Pegawai Kewangan
- Kedah adalah negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari tertinggi dan mampu menjadi tarikan untuk pelabur mengusahakan ladang solar
- Sumber cahaya matahari yang tinggi menjadikan usahawan solar di Kedah hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding enam jam di negeri lain.