Jualan Proton S70 cecah 900 unit seminggu

942

Proton merekodkan pendaftaran kenderaan sebanyak 12,296 melibatkan pasaran tempatan dan eksport bagi November. 

Jumlah jualan tahunan (YTD) syarikat sehingga November mencapai 141,900 unit yang mana 138,876 unit adalah pasaran domestik dan selebihnya eksport. Rekod berkenaan melepasi jualan tahunan 2022 sebanyak 141,432 unit. 



Di samping itu, Proton merekodkan pertumbuhan sebanyak 12 peratus berbanding tahun ke tahun dengan pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7 peratus.

Manakala tempahan model baharu, Proton S70 mencecah 900 unit seminggu sekaligus merekodkan jumlah tempahan melebihi 3,000 unit. 

Sementara, model X Series (X50, X70, dan X90) merekodkan pendaftaran kenderaan sebanyak 201,710 unit di atas jalan raya. 

Berikut pecahan mengikut model :

  • Proton X50 merekodkan jualan 2,115 unit bagi bulan November. Sejak dilancarkan, sebanyak 102,325 unit terjual.
  • Proton X70 merekodkan 95,100 unit jualan sejak pelancaran.
  • Proton X90 yang diperkenalkan kurang dari setahun lalu meraih jualan 4,285 unit.

Bagi model Proton PIES (Saga, Iriz, Persona dan Exora) pula mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 34.3 peratus berbanding YTD tahun lalu. Proton Saga kekal mendahului dengan jualan 6,349 unit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here