Myvi kena langgar lori di petak pam minyak, gara-gara ke tandas pemilik dipersalahkan

807

Seorang wanita berkongsi Perodua Myvi miliknya rosak teruk akibat dilanggar sebuah lori di sebuah stesen minyak.

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok Annulda, bampar depan Perodua Myvi berwarna biru itu tercabut manakala fender sisi ‘terkoyak’.



“Saya tak langgar pun. Saya dah amek side” . Hello orang Shell semua nampak ye. I dari tandas keluar tengok-tengok lori tu sedap je langgar kereta depan mata.

“Kitorang parking dah cukup rapat dah dengan hos minyak. Baru lepas isi minyak and tol lahh kena langgar,” tulisnya pada kapsyen video.

@annuldadecc

“Saya tak langgar pun. Saya dah amek side” . Hello orang shell semua nampak ye. I dari tandas keluar tengok tengok lori tu sedap je langgar kereta depan mata. Kitorang parking dah cukup rapat dah dengan hos minyak. Baru lepas isi minyak and tol lahh kena langgar.

♬ original sound – Annulda – Annulda

Bagaimanapun, netizen menyalahkan wanita berkenaan kerana meninggalkan kenderaan di petak pam minyak untuk pergi ke tandas.

Wanita itu tampil memberi penjelasan menerusi video ketiga selepas dikecam oleh pengguna media sosial.

Dia menjelaskan rakannya berada di kereta untuk mengisi minyak dan kejadian berlaku ketika mereka ingin mengalihkan kenderaan.

“For those yang tanya condition kereta. Btw, my friend tengah isi minyak kereta and I lari pergi toilet kejap. Then kawan i masuk kereta and baru start enjin kereta, I dah otw dari toilet and lori tu langgar depan mata.

“Memang tempat isi minyak tu untuk tunggu awak pergi toilet”. I and my friend pun ada common sense untuk park dekat tepi if lama and if dah settle isi minyak.

“My friend baru start enjin kereta and I dah keluar toilet that time. Lori tu isi minyak dekat bahagian belakang and masuk lorong kitorang and langgar begitu saja,” jelasnya. 

Jelasnya, kejadian itu berlaku kerana pemandu lori berkenaan ingin mengambil ruang untuk ke petak pam minyak sehingga melanggar bahagian depan Myvi tersebut.

Dia yang dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Kangsar menyatakan tidak dapat melihat rakaman litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan sehinggalah laporan polis dibuat.

Selain itu, pemilik video berkongsi insiden berkenaan sudahpun diselesaikan antara kedua-dua pihak.

Video itu mendapat tontonan lebih daripada 1 juta yang mana rata-rata menyalahkan wanita itu pergi ke tandas waima sudah memberi penjelasan ada rakan yang menunggu dalam kenderaan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here