Pemasangan landasan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bermula hari ini yang mana pengangkutan kereta api tersebut dijadualkan bakal beroperasi pada Januari 2027.
Pemasangan landasan pertama di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berikut fakta pantas yang perlu anda tahu tentang landasan pertama kereta api ke Pantai Timur itu :
- Landasan pertama tersebut melibatkan laluan dari Gebeng ke Dungun, Terengganu sepanjang 90km, dengan jangkaan siap antara tiga ke empat bulan.
- Pemasangan landasan pertama itu dijangka melibatkan 1.5km sehari.
- Gebeng menjadi lokasi pertama memandangkan material yang digunakan termasuk lokomotif diesel buatan CRRC Ziyang, China bagi melancarkan proses pemasangan, dibawa ke Malaysia menggunakan kargo yang berlabuh di Pelabuhan Kuantan.
- Rel tersebut sepanjang 655km menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
- ECRL bermula di Kota Bharu, Kelantan dan tamat di Lembah Klang, Selangor yang mana bakal melalui empat negeri.
- Kereta api penumpang itu memiliki kelajuan 160kmj manakala keretapi kargo (80kmj).
- Masa perjalanan dari Kelantan ke Lembah Klang dapat dijimatkan menjadi empat jam berbanding tujuh jam laluan darat bahkan boleh mencapai 12 jam pada musim perayaan.
- Ada tiga seksyen pembinaan: Seksyen A (Kota Bharu ke Dungun); Seksyen B (Dungun ke Mentakab) dan Seksyen C (Mentakab ke Pelabuhan Klang).
- Keseluruhan ada 20 stesen dan 40 terowong dengan jarak melebihi 60km.
-
Pembinaan terowong dan jejambat lebih 145km bertujuan mengurangkan kehilangan hutan simpan, mengurangkan pemotongan bukit dan membolehkan pergerakan bebas hidupan liar.
-
ECRL membuka peluang pekerjaan dengan sekitar 23,000 pekerja diperlukan dalam tempoh puncak pembinaan selain melibatkan kontraktor tempatan sebanyak 40 peratus bagi kerja sivil yang dianggarkan bernilai hingga RM10 bilion.
- ECRL adalah projek milik MRL iaitu syarikat berkeperluan khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya Menteri Kewangan Diperbadankan.
- China Communications Construction Company Ltd (CCCC) merupakan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan projek itu.