L380 merupakan MPV elektrik baharu jenama LEVC (London Electric Vehicle Company) milik Geely.
LEVC L380 cukup besar dengan panjang 5.3 meter dan tawaran bentangan enam atau lapan tempat duduk.
Dimensi panjangnya 5,316mm, lebar (1,998mm) dan tinggi 1,940mm serta jarak roda 3,185mm. Versi lapan tempat duduk mempunyai susun atur 2+2+2+2. Manakala berat L380 pula adalah 2,805kg.
LEVC L380 dilengkapi motor tunggal 200kW keluaran Viridi E-Mobility Technology (Ningbo) Co. (VREMT) dengan kelajuan maksimum 170kmj. Pek bateri NMC ternary dikeluarkan dengan usaha sama CATL – Geely.
L380 bakal menggunakan platform SOA (Seni Bina Berorientasikan Angkasa) LEVC, yang diperkenalkan pada Mei lalu. Ia merupakan platform SEA Geely yang diubah sedikit khusus untuk kenderaan komersial elektrik.
L380 akan dikeluarkan di Zhejiang iaitu kilang LEVC New Energy Automobile Co Ltd yang turut memasang LEVC TX.
Buat masa ini masih belum dapat dipastikan MPV itu akan dikeluarkan hanya untuk pasaran British atau turut akan dijual di China. Tambahan, menerusi imej yang dikongsi stereng berada di sebelah kanan.
Sekiranya bakal dijual di China, L380 akan bersaing dengan puluhan MPV elektrik misalnya, Li Mega, Denza D9, Xpeng X9, Maxus Mifa 9 dan Zeekr 009. Pemilihan nama L380 merujuk tawaran keluasan mirip Airbus A380.
LEVC ialah sebuah syarikat British yang diasaskan pada 1919. Pada 2012, Geely mengambilalih syarikat tersebut. Buat masa ini, syarikat itu hanya mengeluarkan teksi LEVC TX.