Terlibat kemalangan?, kos ganti monokok gentian karbon LaFerrari hanya RM5 juta

356

Sekiranya terlibat kemalangan, berapakah kos baikpulih Ferrari LaFerrari. Pembaikan bukan sekadar melibatkan beberapa bahagian fender namun merosakkan monokok gentian karbon.

Jika tidak boleh dibaiki, ia perlu diganti. Maka, berapa wang yang perlu dikeluarkan oleh pemilik?. Menurut laporan Motor1, Scuderia Car Parts menyatakan harga sebuah monokok baharu dari Ferrari adalah USD1,072,655.17 (RM5,022,707.83).



Harga asal LaFerrari adalah sekitar USD1.4 juta (RM6.6), bermakna penggantian monokok adalah kira-kira tiga perempat daripada harga asas supercar itu.

Sekiranya kerosakkan memerlukan penggantian monokok baharu, kemungkinan ada beberapa komponen lain yang turut perlu diganti, misalnya:

  • Bumbung : USD140,645.13 (RM658,570.82)
  • Bulkhead belakang : USD 28,295.18 (RM132492.18)
  • Sub frem depan :USD 12,372.22 (RM57,932.92) dengan 14 skru titanium yang berharga USD71.40 (RM334.33) setiap satu

LaFerrari, nama projek F150 ialah sebuah enjin pertengahan pengeluaran terhad, kereta sport hibrid ringan itu dibina pengeluar automotif Ferrari.

Kini nilai supercar tersebut mencapai USD 5 juta (RM23.4 juta) dan hanya 499 unit dikeluarkan seluruh dunia.

LaFerrari dikuasakan enjin 6.3-liter V12 dengan motor elektrik yang menjana kuasa 950hp dan kelajuan melebihi 370kmj.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here