Syarikat bas Singapura tawar kerja pemandu, gaji RM17k

1259

Sebuah syarikat bas tempatan Singapura memuatnaik iklan pekerjaan kapten bas dengan tangga gaji mula SGD 5,000 (RM17,504) sebulan dan bonus daftar masuk SGD10,000 (RM35,009).

Tawaran itu merupakan sebahagian daripada strategi Westpoint Transit Pte Ltd, bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menyertai industri bas.



Syarikat bas berusia 42 tahun itu menyasarkan pengambilan 30 pemandu menjelang akhir 2024. Berikut antara syarat yang ditawarkan oleh syarikat tersebut :

  • Berdasarkan LinkedIn dan myCareersFuture, terbuka kepada semua kewarganegaraan. 
  • Gaji mula RM17,504.
  • Sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman berkaitan, lesen memandu Kelas 4 yang sah dan lesen vokasional.
  • Lesen Kelas 4 diperlukan untuk memandu kenderaan bermotor berat dan traktor yang melebihi 2,500kg.
  • Pemohon yang berjaya juga akan menerima bonus penyertaan sebanyak RM30k selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.
  • Waktu bekerja adalah enam hari seminggu, sehingga maksimum 44 jam seminggu, dengan tujuh hari cuti tahunan.
  • Pemandu juga mendapat faedah, seperti insurans kumpulan dan “makanan ringan dan pilihan minuman”.
  • Permohonan ditutup pada 15 Januari 2024.

Bahkan, bagi meningkatkan tahap kesihatan pemandu, pihak pengurusan akan menawarkan kelas senaman percuma. 

Sebagai perbandingan, SBS Transit menawarkan gaji kasar bulanan sehingga SGD4,000 (RM14,002) dengan bonus daftar masuk sebanyak SGD6,000 (RM21,004) untuk kapten bas tempatan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here