Honda Malaysia tidak menawarkan Honda CR-V dengan tujuh tempat duduk untuk pasaran tempatan seperti negara jiran kita iaitu Thailand.
Apa yang dikatakan oleh Honda Malaysia, pihaknya tidak berminat untuk menawarkan varian tujuh tempat duduk itu selepas membuat kajian berdasarkan pasaran di negara ini.
Untuk pemasangan tempatan (CKD), pihaknya memerlukan volum tertentu. Bagi memberikan kecekapan, Honda Malaysia lebih menumpukan kepada satu varian tempat duduk sahaja berdasarkan volum semasa.
Ini kerana kilang CKD Honda hanya mengeluarkan CR-V lima tempat duduk, selain mempertimbangkan jumlah volum industri di Malaysia, pihaknya tidak melaburkan untuk mengeluarkan CR-V tujuh tempat duduk.
Honda Malaysia juga tidak menawarkan varian pacuan semua roda (AWD) untuk versi hibrid berdasarkan pilihan semasa permintaan tempatan.
Selain itu, pihaknya tidak mahu menambahkan lebih banyak lagi varian bagi tidak mahu mengelirukan pelanggan dan juga pertimbangkan pakej yang ada sekarang adalah optimum.