Minggu lalu, Honda Malaysia rasmi lancar CR-V menerusi empat pilihan varian. Sementara, varian tertinggi, RS e:HEV hanya tersedia tahun depan.
Pasaran tempatan didatangkan dengan empat pilihan varian yang mana hanya varian V menggunakan pacuan AWD manakala selebihnya adalah 2WD :
- S (2WD) : RM159,900
- E (2WD): RM169,900
- V (AWD) : RM181,900
- RS HEV (2WD) : TBC (umum tahun depan)
Berminat miliki SUV segmen-C generasi keenam tersebut?, anggaran ansuran bulanan yang perlu dikeluarkan bermula dari RM1,600.
Bagaimana pula dengan kos selang servis?. Di bawah, kami kongsikan dengan anda penyelenggaraan lima tahun CR-V yang didapati menerusi laman web rasmi Honda Malaysia.
Kos selang servis adalah berbeza mengikut pacuan roda iaitu 2WD dan AWD bagi enjin 1.5 liter turbo.
Untuk perbatuan 1,000km pertama, 1.5TC 2WD dan AWD akan menjalani pemeriksaan secara percuma melibatkan komponen minyak enjin, cecair ATF, drain plug washer, minyak brek dan coolant.
- Servis 10,000km (RM81.41)
Servis seterusnya adalah pada perbatuan 10,000km dengan kos RM81.41. Pada peringkat ini, penyelenggaraan melibatkan :
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Caj buruh: RM67.50
- Cukai servis: RM4.05
Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 20,000km, 50,000km dan 70,000km bagi 1.5TC (2WD) manakala versi 1.5TC (AWD) pula pada 50,000km dan 70,000km.
2. Servis 20,000km (RM191.94)
Selepas setahun pemilikan, kos selang servis yang perlu dikeluarkan pemilik CR-V 1.5TC (AWD) adalah RM191.94.
Pada selang servis ini, penyelenggaraan melibatkan komponen:
- DPSF + drain plug washer : RM102.58
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Caj buruh: RM75
- Cukai servis: RM4.50
Seperti yang dinyatakan di atas, kos selang servis 2WD pada 20,000km hanya RM81.41. Selain itu, pemeriksaan komponen lain pada perbatuan 20,000km termasuklah pembersih udara, cecair ATF, minyak brek dan coolant.
3. Servis 30,000km (RM348.41)
Pada kilometer ini, pemilik CR-V perlu melakukan servis komponen:
- Pembersih udara: RM104.49
- Penapis habuk dan debunga: RM234.06
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Tiada caj buruh dikenakan
Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 90,000km.
4. Servis 40,000km (RM315.62)
Apabila mencapai dua tahun pemilikan atau 40,000km, pemilik perlu melakukan servis komponen:
- Minyak CVT + drain plug washer: RM210.36
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Caj buruh: RM90
- Caj SST: RM5.40
Pada selang servis ini, 1.5TC AWD dan 2WD turut menjalani pemeriksaan pembersih udara, minyak brek dan coolant.
Perlu diingatkan anda perlu membayar kos yang sama apabila mencapai perbatuan 80,000km.
5. Servis 60,000km (RM389.62)
Apabila perbatuan 60,000km atau tiga tahun pemilikan, kos servis bertambah menjadi RM389.62. Pada peringkat ini, selang servis melibatkan komponen:
- Pembersih udara: RM104.49
- Minyak brek: RM41.21
- Penapis habuk dan debunga: RM234.06
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Tiada caj buruh dikenakan
6. Servis 100,000km (RM449.21/RM551.79)
Setelah lima tahun pemilikan, kos servis yang perlu dikeluarkan pemilik 1.5TC (2WD) adalah sebanyak RM448.26.
Manakala kos servis 1.5TC (AWD) sedikit mahal iaitu RM551.79 yang melibatkan penyelenggaraan komponen tambahan DPSF.
- Palam pencucuh iridium: RM439.35
- DPSF + drain plug washer : RM102.58 (AWD)
- Pemeriksaan brek: RM9.86
- Tiada caj buruh dikenakan
Pada selang servis ini, kakitangan selepas jualan akan melakukan pemeriksaan pembersih udara, minyak brek, minyak CVT dan drain plug washer serta coolant.
SERVIS MINYAK HITAM
Perlu diingatkan, selang servis di atas tidak termasuk kos minyak pelincir dan penapis.
Berdasarkan jadual selang servis Honda CR-V, penggantian minyak hitam dan drain plug washer bergantung pada lampu indikator pemantauan minyak enjin atau tidak lebih daripada enam bulan.
Begitu juga penggantian penapis minyak hitam yang bergantung pada lampu indikator pemantaun minyak enjin atau tidak lebih daripada 12 bulan.
Kos kedua-dua servis berkenaan adalah:
- Minyak enjin + drain plug washer : RM139.56
-
Penapis minyak : RM47.53
Sekiranya selang servis melibatkan penggantian minyak hitam, kos akan meningkat sekitar RM187.09.
Kos selang servis selama lima tahun pemilikan CR-V (pengiraan tidak melibatkan servis minyak hitam) dianggarkan sekitar :
- 1.5TC (2WD) : RM2,492.51
- 1.5TC (AWD) : RM2,705.64
Honda CR-V (2023) didatangkan dengan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan serta 5-tahun caj buruh percuma (sebanyak 5-kali dalam tempoh 100,000km).