Nissan GT-R R35 Artisan terhad 36 unit, harga mula RM2.2 juta

747

Walaupun usianya tergolong warga emas, GT-R R35 merupakan kereta terbaik yang dijual Nissan.

Bagaimanapun, Reka Bentuk Kenderaan Artisan menemui jalan untuk menjadikannya lebih mantap dengan merealisasikan rekaan konsep Nissan Skyline GT-R tahun lalu. 

Syarikat penala itu membina rangkaian versi terhad GT-R dengan badan gentian karbon penuh yang menampilkan penggayaan R34, bahagian dalam yang diolah semula sepenuhnya dan kuasa hingga 1,000hp. 



Pada hud depan, enjin 3.8 liter turbo berkembar V6 menghasilkan kuasa 800hp bagi pakej Track Edition dan 1,000hp (Ultimate Edition). Kedua-duanya mendapat naiktaraf transmisi.

Komponen brek, tayar dan suspensi turut dinaiktaraf bagi pengendalian yang lebih bagus. Syarikat penala itu menggantikan setiap panel badan Nissan satu demi satu dengan gentian karbon sekaligus mengurangkan berat dan meningkatkan ketegaran.

Transformasi itu termasuklah tambahan bampar yang dilengkapkan dengan elemen pencahayaan serba baharu.

Artisan turut menawarkan warna badan ikonik GT-R iaitu Millenium Jade, Midnight Purple dan Bayside Blue di samping warna yang lain. Bahkan,  pelanggan juga boleh memilih warna badan tersendiri. 

Kemas kini pada kabin antaranya sistem infotainmen besar dengan reka bentuk papan pemuka, stereng dan pintu baharu di samping kerusi Recaro serta kemasan gentian karbon. 

Di sebalik semua item tersebut, laman web syarikat juga menyatakan akan bekerjasama dengan pembeli untuk memenuhi sebarang permintaan.

Hanya terhad 36 unit, kereta sukan itu jual pada harga mula GBP369,000 (RM2.2 juta).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here