Alif Satar kemalangan motosikal

500

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar terlibat dalam satu kemalangan di Hartamas, berdekatan Istana Negara.

Bagaimanapun, Alif tidak mengalami kecederaan serius. Pengurusnya, Dina berkata, kejadian berlaku ketika Alif yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya. 



“Keadaan dia okay sahaja dan tak ada kecederaan serius. Dia kini masih dipantau di sebuah pusat perubatan. Doktor nak pantau jika ada kecederaan dalaman,” katanya. 

Berita kemalangan Alif melibatkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah kereta dikongsikan pelakon dan usahawan, Wak Doyok di akaun X miliknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here