Bertarung nyawa lebih 5-jam, penunggang motosikal jatuh jejambat meninggal dunia

370

Lelaki yang cedera di kepala selepas tercampak dari jejambat ketika menunggang motosikal di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.

Mangsa bertarung nyawa lebih lima jam sebelum meninggal dunia.



Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 27 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.45 malam di Hospital Pulau Pinang ketika dirawat.

“Mangsa meninggal pada jam 9.45 malam tadi (Khamis),” katanya. 

Dalam laporan sebelum ini, mangsa parah di kepala dalam kejadian pada jam 4.10 petang Khamis berhampiran Masjid Sungai Tiram.

Siasatan mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari Bayan Baru hendak pulang ke rumahnya di Bayan Lepas.

Apabila melalui jejambat di situ, motosikal mangsa hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan lalu tercampak ke bawah jejambat.

Mangsa mempunyai lesen memandu manakala lesen kenderaan motor (LKM) juga masih sah tempoh. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here