smart #3 muncul di Program KL Car Free Morning, bakal lancar di Malaysia?

241

Sempena Program KL Car Free Morning di Dataran DBKL baru-baru ini, smart Malaysia mempertontonkan model kenderaan elektriknya menerusi #3. 

Namun bentuk luaran kenderaan itu tidak didedahkan secara menyeluruh kerana dilekat dengan pelekat penyamaran bercorak kuning dan hitam. 



Pada masa sama, tiada butiran rasmi didedahkan berhubung perinciannya atau bila ia akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia

Berdasarkan dimensinya, jentera itu memiliki saiz lebih besar dan iaitu lebih panjang daripada #1 dengan 4,440 mm (+170mm) , 1,800 mm lebar, 1,600 mm tinggi (+36mm), dan jarak roda 2,785 mm (+35mm).

Spesifikasi pada peringkat global, #3 boleh dipandu sehingga 440 km dalam kitaran WLTP yang mana bagi varian asas memiliki 268hp, pacuan roda belakang dan motor tunggal, manakala Brabus 422hp dengan pacuan semua roda serta dua motor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, selaras dengan Strategi Kelestarian smart Global, kerjasama dengan DBKL mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam mempromosikan pembangunan lestari secara kolaboratif untuk masyarakat dan alam sekitar. 

“Dengan mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3, kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang alternatif pengangkutan mesra alam dan menekankan kepentingan mengurangkan pelepasan karbon dalam melindungi alam sekitar. 

“Selain itu, pemberian anak pokok ini dapat menambahkan sentuhan yang menyeronokkan kepada usaha kami dalam menyebarkan kesedaran,” katanya.

Kerjasama antara smart Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Program KL Pagi Bebas Kenderaan membuktikan usaha berterusan smart dalam meningkatkan kelestarian mobiliti bandar. 

Sebagai jenama kereta EV pertama yang menyokong inisiatif ini, smart Malaysia menjadi peneraju dalam menyediakan penyelesaian inovatif yang menyumbang secara langsung dengan menggalakkan cara hidup bandar yang lestari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here