Mufti : Harus renjis, bilas kenderaan dengan air ruqyah

283

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan hukum merenjis atau membilas kenderaan dengan air yang dibaca ruqyah mengandungi ayat al-Quran dan zikir adalah dibenarkan serta diharuskan dalam syarak.

Penjelasan itu dilakukan susulan video tular yang memaparkan tindakan seorang ulama dari Pattani, Thailand merenjis air ke kereta sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan warganet.

“Ia merupakan satu cara yang untuk melakukan ruqyah seperti yang disebutkan oleh para ulama.



“Selain itu, hujah Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah melakukannya tidak boleh diterima kerana tidak semestinya perkara yang ditinggalkan oleh mereka itu terus menjadi haram.

“Bahkan, terdapat banyak perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, namun masih dalam hukumnya yang asal iaitu sunat dan harus.

“Oleh yang demikian, perbuatan tersebut bukanlah satu amalan yang khurafat dan ia tidak bertentangan dengan syariat,” katanya.

Sebelum ini, video tular berdurasi 45 saat itu memaparkan tindakan seorang ulama merenjis air ke kereta yang dipercayai baharu dibeli.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here