Kia Malaysia lancar EV9, harga mula RM369,668

209

Kia Malaysia melancarkan dan membuka tempahan model EV9. Pasaran tempatan akan didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu :

  • Kia EV9 GT-LINE AWD (7-tempat duduk) : RM369,668
  • Kia  EV9 GT-LINE AWD (6-tempat duduk) : RM374,688

Kedua-dua varian didatangkan dengan waranti pengilang 5-tahun @ 150,000km dan jaminan bateri 8-tahun @ 160,000km (mana tiba dahulu). 



Ketibaan EV9 ke pasaran tempatan akan menyertai kenderaan elektrik (EV) EV6 dan Niro EV.

MODEL KEDUA GUNA E-GMP

Menggunakan Electric Global Modular Platform (E-GMP) Kia, EV9 memiliki panjang 5,010mm, lebar (1,980mm) dan tinggi (1,755mm) bersama jarak roda 3,100mm. 

Fascia depan menampilkan rekaan signatur “Digital Tiger Face” bersama gril pencahayaan rekaan digital yang kemudian diapit dengan lampu utama menegak. Bahagian belakang diserlahkan dengan lampu nyala siang (DRL) Star Map tersendiri. 

Masuk ke kabin, SUV itu dilengkapi dengan skrin infotainmen 12.3-inci, sistem audio Meridian dengan 14 pembesar suara, ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar dan slot USB-C. 

BATERI LITIUM ION 99.8 kWh, DUA MOTOR

Kedua-dua varian dilengkapi bateri litium ion 99.8-kWh dan dua motor dengan kuasa 380hp dan tork 700Nm bersama transmisi e-shift. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 5.3 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj.

Tawaran pacuan semua roda (AWD) membolehkan EV9 bergerak sejauh 505km dengan sekali isian bateri penuh.

Di samping itu, fleksibiliti Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu (ICCU) membolehkan fungsi kenderaan ke muatan (V2L) membekalkan kuasa sehingga 3.6 kWh bagi mengecas peranti elektronik. 

Model diimport (CBU) dari Korea Selatan itu didatangkan dengan pengecasan pantas DC maksimum 350kW yang mana isian bateri 10-80 peratus hanya mengambil masa 24 minit.

Manakala operasi pengecasan menggunakan AC 11kW (Type 2) mengambil masa 10 jam 30 minit.

SUV itu menawarkan ruang simpanan seluas 333 liter dan boleh ditingkatkan menjadi 828 liter apabila kerusi barisan ketiga dilipat. 

Untuk membawa barangan yang lebih luas, ruangan simpanan 2,318 liter boleh dicapai apabila kerusi barisan kedua dan ketiga dilipat sepenuhnya. Sementara, hud depan menawarkan storan bersaiz 52 liter. 

CIRI KESELAMATAN

Dari segi keselamatan, Kia EV9 didatangkan standard dengan 10 beg udara, Sistem Brek Anti Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Keluar Selamat (SEA), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Agihan Tekanan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Rear Occupant Alert (ROA), Isofix dan Kawalan Bantuan Penghidup Bukit (HAC).

Manakala bantuan keselamatan termaju pula terdiri daripada :

  • High Beam Assist (HBA)
  • Parking Collision-Avoidance Assist (PCA)
  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA) dan Rear Cross-Traffic Collision Assist (RCCA)
  • Blind-Spot View Monitor (BVM)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Driver Attention Warning (DAW) dan Forward Collision-Avoidance Assist (FCA2) dengan Junction Turning (JT)
  • Junction Crossing (JX)
  • Lane-Change Oncoming (LCO)
  • Direct Oncoming (DO)
  • Lane-Change Side (LCS)
  • Driving Steering Assist (DSA) dan Auto Evasive Steering Assist (ESA)
  • Lane Following Assist (LFA2) dan Smart Cruise Control (SCC)








 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here